Gelintaran linear

Dalam bidang sains komputer, gelintaran linear atau carian linear merupakan kaedah untuk mencari elemen yang dikehendaki dalam suatu senarai. Elemen yang dikehendaki akan disemak secara berurutan atau berjujukan; satu persatu sehingga padanan/elemen yang dikehendaki itu ditemui. JIka elemen yang dikehendaki tiada dalam suatu linear, maka carian akan ditamatkan tanpa sebarang hasil padanan.[1][2] Istilah linear search atau sequential search digunakan dalam bahasa Inggeris untuk gelintaran linear.[3]Gelintaran linear berlangsung ketika masa linear yang teruk dan paling banyak membuat perbandingan dengan n, yang di mana n merupakan panjang suatu senarai tersebut. Sekiranya elemen berkemungkinan sama untuk dicari, maka gelintaran linear mempunyai perbandingan kes purata n+1/2. Namun, kes purata mampu terjejas jika kebarangkalian carian untuk setiap elemen adalah berbeza-beza. Algoritma gelintaran linear jarang digunakan kerana algoritma gelintar yang lain seperti gelintaran perduaan dan jadual cincang membolehkan elemen yang dikehendaki dicari lebih pantas berbanding dengan gelintaran linear yang lambat, kecuali untuk senarai pendek.[4][5][6]